Sunday, January 06, 2008
-=[[ 2007 dalam kenangan.. ]]=-

Alhamdulillah, kini kita berada di tahun 2008. Banyak kenangan yang tidak akan saya lupakan buat seumur hidup berlaku di tahun 2007 yang lalu. Antara kenangan yang terbesar ialah saya telah berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang pergigian pada pertengahan bulan November yang lepas dan saya juga telah melahirkan seorang bayi lelaki pada tanggal 071207. Dilahirkan pada jam 11.48 malam, dengan berat 3.5 kg secara pembedahan caeserean. Diberi nama Muhammad Areef Nashrullah b. Hairul Rizal.

Yang penting sekarang, kita harus memandang ke depan.. menyusun wawasan @ azam bagi memantapkan lagi diri. 2008 sudah menjelma.. oleh itu, Berusahalah!!~ Tongue

-=[[ Muhammad Areef Nashrullah ]]=-


Posted at 03:12 pm by effa
Make a comment  

Sunday, July 15, 2007
-=[[ my slide show ]]=-

Just finish exploring this stuff.. actually i'm having this same slide show also on my friendster, myspace and Yahoo! 360 page..


Posted at 06:03 pm by effa
Make a comment  

Tuesday, March 20, 2007
-=[[ interview di SPA ]]=-

alhamdulillah...

tadi baru je lepas temuduga di SPA jalan cenderasari, kuala lumpur. ada 2 org pegawai penemuduga. seorang dari kem. kesihatan (bahagian pergigian) dan seorang lagi dari SPA sendiri. antara soalan yang dikemukakan adalah mengenai perkhidmatan dengan kerajaan dan 'mesra pelanggan' dari SPA. manakala dari kem. kesihatan tu ditanya mengenai 'inform consent' dan 'medicolegal' mengenai private & confidential of patiet's information.. ada juga terlepas soalan mengenai ayahanda ku.. hehe.. dorang kenal jugak ayahanda ku rupanya walaupun ayahanda dah pencen!~

skang ni tinggal nak berdoa bebanyak.. harap² dapat le keje kat Kuala Lumpur ni.. second choice lak Selangor.. Tongue tadi dorang cakap this 2 area la yang dah nearly full!~ harap² tak full sangat le.. ada la tempat untuk aku lagi.. AMIN...


Posted at 11:17 am by effa
Make a comment  

Thursday, October 19, 2006
-=[[ one more sem to go, insyaAllah...]]=-

alhamdulillah, semalam berjaya jugak aku menghabiskan last paper untuk peperiksaan pertengahan semester.. tinggal lagi sekali jek exam (peperiksaan professional ke-3) yang bakal berlangsung bulan 5 2007 nanti.. lepas tu, boleh grad!!~ yahoo!!~ insyaAllah.. doakan aku ye.. penat le study ni.. aku nak keje la pulak!~ tatau la nanti kot bila dah start keje, aku akan kata "penat la keje, aku nak study balik!~"..  Big Smile

tinggal lagi 4 hari je lagi kita nak beraya (kalo raya ari selasa, 24/10 la..). alhamdulillah, aku tak pernah termiss nak bangun sahur. skang ni dah kawen, kene la bertanggungjawab nak jaga makan pakai suami. jaga sahur dia, buka posa dia.. tapi aku ok jek sebab dulu pun aku dah biasaq buat sume keje ni. aku sorang je anak puan.. nak tak nak, aku la yang kene bantu mak aku kat umah...

tahun ni pagi raya tu aku ada kat kl (umah mak aku..). dalam kol 11 pagi ke, baru la nak bertolak ke temerloh. tu rancangan je baru.. kalo ada perubahan nanti tatau la plak..

hari ni aku start cuti.. nanti 6 nov baru start kelas balik. start je kelas tu aku ada presentation perio la, ortho case presentation la, elective project presentation la.. isk, cepat la abis study!!!!~ Hurmph letih dah ni...

dalam bulan baik ni, di kesempatan ni, aku nak memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang aku dah terbuat salah. terkasar bahasa ke, tersilap kata ke. ampun maaf di pinta.. selamat menyanbut hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin...

 


Posted at 12:53 pm by effa
Comment (1)  

Saturday, August 26, 2006
-=[[ Majlis Sambut Menantu di Temerloh, Pahang ]]=-

alhamdulillah.. sekali lagi aku telah selamat berkenduri kendara Smile kali ni tema coklat.. makan best tak ingat dunia! lapar bebe, dari KL tak makan apa pun. tak sia² simpan perut kosong!~ hehehe.. temerloh ni terkenal sebagai bandar ikan patin. maka, di hari kenduri tu kami disajikan dengan ikan patin masak tempoyak, ikan patin kukus, daging kerbau gulai kawah, hati goreng, sotong pedas, udang goreng, umbut kelapa, labu masak lemak kuning, kerabu taugeh dan pemanis mulutnya lompat tikam. habis!!!~ licin licau!!~ hehehe Tongue dah sume ahli rombongan aku tu kaki makan punya stok!!~ Wink

nak tengok gambo?? http://effa007.fotopages.com

byk dah aku upload sana.. enjoy!!~


Posted at 02:44 pm by effa
Comment (1)  

Wednesday, August 16, 2006
-=[[ hitung hari..]]=-

hari ni klinik prosto aku panggil 2 patient.. sebab dah lama tak masuk klinik seh!~ tu ari masa dekat² ngan tarikh nak khawin, 2 hari tak masuk klinik beb! nak kene kejar requirement nie!!!~

menghitung hari... utk kenduri sambut menantu kat temerloh la... ;) poyo jek!~ hehehe.. baju pengantin pun tak siap lagi!~ tudung pun aku tak cari lagi!~ member² aku ckp, aku la pengantin paling sempoi sekali yang dorg pernah jumpa!~ ok la tu!!~ :)

ni gambar aku masa kenduri pihak pompuan tu ari kat dewan SMK Taman Melawati

kalo nak tgk lagi banyak, pi kat http://effa007.fotopages.com

 


Posted at 04:57 pm by effa
Make a comment  

Sunday, August 13, 2006
-=[[ KAHWIN!!!~ ]]=-

alhamdulillah...

akhirnya aku bergelar isteri kepada Hairul Rizal B. Baharudin dengan sekali akad pada tanggal 28 Julai 2006. Majlis akad nikah di adakan di rumah aku sendiri, dengan berwalikan bapa aku sendiri jugak.

Kenduri kahwin pihak perempuan (aku la tu!~) telah berlangsung di Dewan Sek. Men. Keb. Taman Melawati pada 29 Julai 2006. Kenduri pihak lelaki akan datang!~

gambo?? nanti aku upload ehhh... hehehehe... sibuk sket skang ni!~

 


Posted at 04:27 pm by effa
Comment (1)  

Sunday, June 11, 2006
-=[[ makan malam sempena fakulti pergigian UKM yang ke-10 tahun ]]=-

kejadian diadakan pada malam tadi (10 jun 2006) bermula jam 8.30 malam. tempat kejadian adalah di ballroom hotel pan pacific. aku terlibat dalam persembahan koir yang dijayakan oleh pelajar² tahun akhir (5) dengan diiringi oleh alunan muzik dari piano.. kami menyanyikan lagu Any Dream Will Do dan Sejahtera Malaysia..

secara keseluruhannya, majlis boleh la dikatakan berjalan dengan baik.. tapi kau rasa tak se'hapenning' majlis sekalung budi (makan malam sekolah lama aku) 2 tahun yang lepas.. best & happenning kat sini sebab majlis diadakan di grand ballroom hotel flamingo & ada artis jemputan seperti ruffedge dan artis² yang bekas pelajar sekolah aku jugak.. sekolah aku tu mmg ramai artis. antaranya krisya, cheryl samad, liyana jasmay, zizie ezzete, sam (adik zizie), syed hussein (spanar jaya, ruffedge), aku (hehe.. pasan!~)

berbalik pada 'dinner' malam tadi.. sepatutnya kena bayar RM30.. tapi oleh sebab kita orang ni cuma jemputan untuk buat persembahan je (majlis hanya untuk staf akademik), maka diberikan sorang nasi sebungkus dengan air kotak.. huhuhu.. sedey!~ aku lagi sedey sebab tak dapat apa pun!~ (ada orang dah rembat aku punya sekali!~) tapi, aku ok je, sebab aku boleh gi dating pas dinner tu.. makan!!! hehehe.. lapo gile siot!~ bebudak yang rembat nasi aku tu dorang lepak kolej.tak leh kuar malam!~ so, aku boleh berkompromi la.. Big Smile

 

 


Posted at 10:40 am by effa
Comment (1)  

Sunday, June 04, 2006
-=[[ 1st week of 5th year.. ]]=-

hari ni sempat la aku online.. sibuk sikit la kebelakangan ni.. ngan klinik, ngan latihan koir --> persembahan makan malam fakulti pergigian UKM yang ke-10, ngan persediaan untuk seminar, ngan ntah apa² lagi prosedur baru yang diperkenalkan oleh jabatan prosthodontik di mana ianya memeningkan kepala kami masing².. stress la juga, tapi insyaAllah, lama² boleh la menangani masalah tu..

esok ada kuliah, seminar (grup aku!!~ isk.. baru masuk dah ada seminar..). kemudian klinik cabutan dan MOS (minor oral surgery).. petang ada latihan koir. malamnya pulak, tak kira.. aku nak dating!!!~ hehehe.. bley release stress wooo!!~ diperlukan untuk menjana minda bagi menghadapi hari² mendatang. oleh sebab itu la aku kene kawen cepat²!~ dating tu maksiat.. nak study nanti tak berkat!~ kalo dah kawen ok la.. kurang skit dosanya! dosa lain pun banyak lagi.. tak tertanggung.. cry

-=[[ dosaku bagaikan pepasir di pantai ]]=-


Posted at 05:14 pm by effa
Make a comment  

Monday, May 29, 2006
-=[[ hari pertama dalam tahun 5.... ]]=-

hari pertama aku berada dalam tahun 5 sesi 2006/07 bagi meneruskan pengajianku dalam bidang pergigian.. takde kelas apa pun. hari ni lepak je.. lepas taklimat kursus, pegi uruskan apa² yang patut kat pejabat, makmal.. kemudian gi makan kat taman melati.. lepas tu balik rumah & di sini aku sedang merapu di hadapan komputer.. Big Smile

ingatkan nak pegi sauna petang ni tapi mak ayah aku ajak pegi carrefour.. tak sampai hati nak suruh dorang pegi sendiri.. biar le aku jadi tukang tolak troli tu --> sebenarnya aku ni memang pantang orang nak gi jalan.. pasar malam pun nak ikut Tongue 

alhamdulillah.. sepanjang minggu lepas dapat jugak aku merealisasikan impian aku nak pegi gym, sauna, jogging dan senam robik.. ni dah mula kelas balik, sibuk la! mesti dah takde masa nak buat tu semua. kalau nak jugak, hujung minggu la..

jadi, harapan aku di hari pertama mulakan pengajian dalam tahun 5 ni, agar aku dapat belajar dengan bersungguh² dan berusaha untuk mencapai kejayaan di dalam segala bidang yang aku ceburi.. insyaAllah.. semoga aku juga dapat menamatkan pengajian aku tahun hadapan & grad bulan 8 2007 ni... isk.. tak sabar nak habiskan belajar ni...

-=[[ looking BEYOND the line.. ]]=-


Posted at 03:19 pm by effa
Comments (2)  


Next Page

   




-=[[ me + my significant other (",) ]]=-


:: effa :: 26 years old :: dental surgeon ::


i'm bless with many friends (the meaning of my name & some ppl agree with that statement), just a normal human being, tend to make mistakes, learn from mistakes & always mistaken between glass & diamond (only for some reason). my favourite quote would be "The game isn't over till it's over. Remember, nice guys always finish last!".

my friendster

my myspace

my website

my 360 yahoo!

my fotopages

my email







<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed