Monday, May 22, 2006
-=[[ gaya hidup sihat ]]=-

hehehe.. tajuk kemain lagik!~ sihat la sangat!!!~

pagi ahad semalam alhamdulillah, dapat jugak aku pegi jogging + senamrobik kat tasik titiwangsa tu. ala bi, ko ni memalu pulak!~ aku ajak join sekali takmo! balik je dari tasik semalam bantai masak soto kat rumah!~ abis ntah ke mana senam robik aku!~ Tongue

petang ni kang kejap lagi nak pegi sauna dengan farrah.. best friend aku nie! dia selalu risau tak dapat nak lepak ngan aku nanti bila aku dah kahwin. ala, farrah.. ko nanti pun sama la jugak!!!~ Big Smile

pukul 2.30 petang tadi mama dah bertolak ke Melaka dengan kawan dia. ada kursus kat sana sampai Jumaat ni.. nasib baik aku dah bersara dari sekolah, boleh la aku tengokkan ayah aku yang tak berapa sihat tu. orang laki ni kalau sakit, manja mengalahkan pompuan!~ Wink sama la tu kalo adik aku ke, abang aku ke, tunang aku ke.. manja bukan main lagi bila tengah sakit @ tak sihat tu!~


Posted at 05:00 pm by effa
Comment (1)  

Saturday, May 20, 2006
-=[[ aku bersara ]]=-

buat kali yang keduanya aku 'bersara' dari arena perguruan... Big Smile sekarang ni senang la aku nak melayan diri sendiri lak!~ ala, bukan nak buat apa sangat pun.. aku dah lama tak pegi jogging di kala 'weekdays'. mulai esok (ahad) dan hari seterusnya sebelum aku mula balik kelas pada 29 mei ni, aku nak pegi jogging hari-hari waktu pagi. petang aku nak pegi gym, dan seterusnya masuk sauna. hehehe.. pastu nak diet gegila!diet high protein, high fiber, low carb!~ less sugar, less fat, less oil, more water!~ esok ada senamrobik kol 8 pagi.. sesapa nak join meh la kita pegi reramai.. tempatnya : tasik titiwangsa!~  

Posted at 12:18 pm by effa
Comments (3)  

Thursday, May 18, 2006
-=[[ mantan ]=-

tadi ada sambutan hari guru peringkat sekolah.. dapat la hadiah sempena hari guru daripada badan pengawas & PIBG sekolah. ada juga seorang pelajar bagi hadiah tadi, walaupun aku tak pernah mengajar dia.tapi, dia memang suka lepak dengan aku, suka borak dengan aku.. dia cerita semua pasal keluarga dia.. mungkin sebab dia anak tunggal, jadi dia anggapkan aku ni seperti kakak dia sendiri.. aku takde masalah sebab aku pun takde adik perempuan juga.

mantan tu rujuk kepada bekas tenaga pengajar di sekolah tempat aku mengajar sekarang.. juga bekas tempat aku belajar Big Smile aku pun mantan jugak la kan.. mantan pelajar. isk, betul ke??

tadi juga ada sambutan persaraan pengetua.. sebab tu la semua mantan guru berkumpul di sekolah, memandangkan mereka juga pernah berkhidmat di bawah pimpinan pengetua yang nak bersara tu.. mantan guru yang hadir tu pun semua sudah menjadi pengetua di sekolah lain masing˛ dan aku memang kamceng juga dengan mereka!~ guru ni kepala dia orang pun ikut pelajar juga!~ macam tu la cara nak menembusi jiwa kacau pelajar dalam menangani masalah disiplin sekolah Smile 

sempat juga aku ucapkan "selamat hari guru" buat semua tenaga pengajar yang pernah mengajar aku dan masih lagi mengajar di sekolah ni.. kebanyakkan dah muka baru.. yang lama˛ dah pencen!~ mak aku je yang masih lagi bertahan sejak dari sekolah ni dibuka 14 tahun yang lalu sampai la sekarang..

 

 


Posted at 07:17 pm by effa
Make a comment  

Tuesday, May 16, 2006
-=[[ Hari Guru ]]=-

tanggal 16 mei, hari guru disambut di seluruh negara. para guru membacakan ikrar mereka dihadapan pelajar... "Selamat Hari Guru" khas ku ucapkan buat semua guru˛ dan para pensyarah yang telah bertungkus lumus mengajarku hingga kini.. masih jauh lagi perjalanan yang harus aku tempuhi.. insyaAllah, akan ku kuatkan semangat bagi menghadapi segala dugaan & rintangan yang bakal ku hadapi kelak.. semoga aku akan lebih cemerlang di dalam pelajaran & apa jua bidang yang aku ceburi dalam kehidupan di kemudian hari...

hehehe.. sempat jugak aku sambut hari guru kat sekolah hari ni.. walaupun sebagai guru ganti!~ Big Smile Hari ni merupakan hari pertama pelajar menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. sambutan hari guru peringkat sekolah akan disambut pada 18 Mei, iaitu bersamaan hari khamis ini.. Agaknya ada ke pelajar nak bagi aku hadiah??hehehe.. tunggu je la ekk.. nanti aku bagitau kemudian!~ Tongue


Posted at 10:38 am by effa
Make a comment  

Tuesday, May 09, 2006
-=[[ prosedur kahwin ]]=-

isk, rumit betul le nak kahwin!~ kalau di bawah kuasa JAWI senang je.. tak la remeh sangat. aku ni di bawah kuasa JAIS. banyak betul prosedurnya. kena ambik borang C & D dulu, kemudian borang ujian HIV dengan bayaran RM 10. kalau pasangan bukan dari Selangor pun kena buat juga ujian tu. ujian HIV boleh dilakukan di Klinik Kesihatan dengan bayaran RM 1.

sesudah proses HIV tu, kena dapatkan borang kebenaran berkahwin dari pihak lelaki dahulu, baru la boleh teruskan dengan permohonan pihak perempuan pulak. maknanya pihak lelaki dulu kena buat permohonan kebenaran berkahwin tu.. yang lelaki ni kena ada pengesahan pemastautin (bagi yang menetap di luar kawasan seperti dalam alamat yang tertera di dalam kad pengenalan). kemudian, dapatkan surat akuan bujang daripada majikan atau pesuruhjaya sumpah. sesudah itu, dapatkan pula pengesahan daripada imam jurunikah bagi mengesahkan anak kariah masjid tempat mastautin. lepas tu baru la boleh bawa segala dokumen yang diperlukan bersama dengan borang permohonan ke pejabat agama di bawah kuasa kawasan masing˛...

dah dapat kebenaran berkahwin daripada pihak lelaki, baru la pihak perempuan pula membuat prosedur seperti yang lelaki kecuali pihak perempuan tidak perlu mendapatkan surat akuan bujang. pihak perempuan terlibat dengan mencari saksi dan imam jurunikah, tetapi bayaran dilakukan oleh pihak lelaki..

NAK KHAWIN!!!~ YAHOO.COM!!!~ Big Smile --> gatal sangat bunyinya tu kan??? hehhehe


Posted at 10:31 am by effa
Comments (2)  

Saturday, May 06, 2006
-=[[ kawan baru ]]=-

hari ni berkenalan ngan seorang kawan baru. UIA guys (adik ehhhh!!~) heheh Big Smile  walaupun pangkat adik tapi cara berborak ngan dia best.. takde la gaya adik sangat. dah matang pemikirannya, kalau banding ngan adik kandung aku yang tua setahun dari kawan baru aku ni. he is nice. musti orang yang pandai sebab dia buat dua degree.. hehehe.. suka dapat kawan baru!~ dia dah baca semua yang ada dalam blog aku ni!~ aku je tak sempat nak baca blog dia lagi.. 360 yahoo! tak boleh nak buka la!~ hampeh!~


Posted at 06:08 pm by effa
Comments (2)  

Friday, May 05, 2006
-=[[ amuk ]]=-

hehheee... tak boleh nak bayangkan!!!~ aku = amuk?? aku memang jenis tak boleh nak sorok muka.. tak kisah la tengah sedih ke, marah ke, bengang ke, menyampah ke, benci ke... semua perasaan aku tu akan dengan sendirinya terpancar melalui muka, lalu menyebabkan orang di sekeliling aku ni mengatahui apa perasaan aku (paling tidak pun kawan˛ rapat..) Big Smile.

ceritanya begini pada hari ini..... tadi aku ada kelas direct 4 masa.. then masa ke 6 & 7 kene relief kelas. cikgu yang sepatutnya masuk kelas tu ada, cuma dia agak sibuk. jadi nak atau tak nak kena la juga aku masuk kelas tu --> situasi paksa rela!~ cikgu tu dah bagitau aku apa yang dia nak suruh pelajar buat. aku pun menapak le menuju ke kelas tu..

dekat˛ nak sampai di kelas yang dimaksudkan, boleh dengar betapa hiruk-pikuk, hingar-bingar dan yang sewaktu dengannya!!!!!~ aku dah le penat, pastu ada satu perasaan tak puas hati lagi.. dan bertambah pula dengan pelajar˛ bising ni.. aku dah rasa tersangat la geram! sampai ke kelas.. ketua tingkatan bagi ucap selamat.keadaan kelas masih lagi seperti tadi.. tiada langsung perasaan hormat mereka pada guru (aku la tu!) yang ada kat depan ni.. aku yang tengah 'hangin' ni pun terus jerit "apa yang kecoh sangat ni? cikgu dah ada kat depan ni! tak reti langsung nak hormat cikgu! dah besar panjang pun tak reti˛ lagi! itu pun nak ajar ke??" ... dengan suara yang agak nyaring....

tiba˛, keadaan kelas yang bising 'gile' tu terus jadi sunyi sepi!!!~ aku rasa menggeletar seluruh tubuh badan ni sebab dapat lepaskan perasaan kat kelas tu, tapi dalam masa yang sama rasa kelakar! hehehe.. boleh juga aku ni jadik garang ehhhh!~ takut rupa˛nya bebudak ni kat aku! Tongue

aku terus bagi kerja dan peringatan bahawa buku tu kena hantar hari ni jugak.. konon aku ni cikgu yang kerek la! --> aku tak kerek tau dalam kelas lain yang aku mengajar!aku ni sporting giler!!~ Shades hehhee.. sepanjang aku berada dalam kelas tu aku rasa cam nak gelak sakan!!!~ tapi, pepandai 'cover' la beb!!~ kang bebudak tu kata "cikgu ni gilo ke hape????" pulak!!~  Wink


Posted at 12:27 am by effa
Comment (1)  

Wednesday, May 03, 2006
-=[[ hari ini, suatu ketika dulu... ]]=-

hari ni takde apa yang menarik berlaku di sekolah.. segalanya seperti biasa. guru masuk kelas nak mengajar, pelajar sibuk keluar kelas nak monteng! heheh.. biasa la tu kan! aku pun teringat juga zaman aku sekolah dulu.. cukup rajin tolong cikgu di luar kelas semasa sesi pembelajaran & pengajaran. Tongue 

gambar kat bawah ni saja je aku nak tayang kat sini.. gambar yang suatu ketika dulu sempat dirakamkan semasa jalan-jalan bukan cuti malaysia --> waktu tu bukan hari cuti.. Smile (aku tak suka berjalan hujung minggu !)

-=[[  KLCC dari posisi air pancut ]]=-

-=[[ Japanese Village, Bukit TInggi.. ]]=-


Posted at 09:05 pm by effa
Make a comment  

Tuesday, May 02, 2006
-=[[ extraordinary = ordinary ]]=-

'extraordinary' yang aku maksudkan ialah apabila pelajar dengan sewenang˛nya melakukan perbuatan terkutuk di SEKOLAH --> tapi ini mungkin cuma pada pandangan aku, manakala bagi pelajar ini pula ialah 'ordinary' untuk berkelakuan sedemikian. ini kerana hanya di sekolah sahaja mereka dapat bertemu & melepaskan dendam, nafsu dan segala yang mereka maksudkan perkara yang terkandung dalam CINTA.. kesian aku pada pasangan yang terlibat ni.. kesian sebab dia orang ni tak fikir masa depan ke?? terutama yang perempuan ni.. isk, minta dijauhkan la ahli keluarga kami dari perbuatan terkutuk ini.. AMIN. tapi, kesian aku lebih lagi pada ibu bapa mereka.. menangis datang berjumpa dengan mak aku (penolong kanan hal ehwal murid) kerana perilaku anak˛..

ini la cerita aku kat sekolah tadi... 2 pasangan ditangkap sedang bercumbu˛an, dimana jika dibiarkan mungkin ianya akan menghala ke situasi yang lebih 'berat' lagi.. satu pasangan yang ditangkap adalah pasangan cina tingkatan 5, PENGAWAS! tak fikir langsung kedudukan mereka di sekolah tu adalah sebagai pemimpin pelajar!

pasangan kedua ialah melayu di mana yang lelaki tu tingkatan 3 dan perempuannya tingkatan 1! bayangkanlah, betapa mudanya budak perempuan tu.. memang la kalau zaman dulu dah boleh kahwin, tapi ni zaman sekarang. kononnya orang mementingkan karier dahulu, kemudian baru nak fikirkan perkahwinan! ditanya tadi nak sekolah ke tak,jawabnya nak pulak dia sekolah! kesian aku tengok mak si lelaki yang datang tu.. warak orangnya, tetapi mengalirkan air mata dia melihat anak terunanya itu. sempat dia mengeluh pada aku "ni nasib baik anak lelaki, kalau yang terlibat tu anak perempuan lagi la tak tau macam mana halnya.." yang lelaki tu pula berlagak baik depan ibunya..

di dunia ni mungkin kamu semua dikenakan tindakan yang remeh-temeh je..sekolah gantung 2 minggu persekolahan, mak ayah mungkin takat rotan atau marah mulut je.. esok˛ tau la azab Allah di akhirat kelak..

Ya Allah, Kau jauhkanlah keluarga kami dari segala perbuatan maksiat, perkara keji dan mungkar. Kau ampunilah kami di atas segala dosa˛ kami Ya Allah. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja dapat kami meminta pertolongan dan perlindungan kerana Engkaulah yang Maha Pemurah, Pengampun, Pengasih, Penyayang & Yang Maha Esa.Segala puji hanya bagi Mu Ya Allah.....AMIN...


Posted at 04:18 pm by effa
Comments (2)  

Monday, April 24, 2006
-=[[ teacher = teaching?? ]]=-

assalamualaikum...

sudah lebih kurang 2 minggu aku bekerja bagi mengisi masa lapang ku di kala cuti ni... guru ganti je, tapi boleh la.. buat menimba pengalaman. dulu aku pernah menjadi guru ganti, mengajar matapelajaran sains tingkatan 3 dan kimia tingkatan 4 & 5. kini, aku mengajar matematik tingkatan 4. mulanya guru penolong kanan nak bagi sekali matematik tambahan, tapi awal-awal lagi aku dah mengalah! tak boleh sebab dah lama ditinggalkan.. dan sememangnya aku KURENGGGG sikit dengan matematik tambahan ni.. baik jangan mengajar! kang terajar ajaran sesat, naya pelajar je tu namanya!

alhamdulillah.. setakat ni semuanya berjalan lancar. kini tengah bertungkus lumus untuk menghabiskan silabus hingga ke topik untuk peperiksaan pertengahan tahun.semoga pelajar-pelajar semua dapat keputusan cemerlang! Big Smile

kini aku faham akan perasaan seorang guru @ pendidik. mereka sememangnya hendak melihat anak didik mereka berjaya kerana di situ juga menunjukkan keberkesanan hasil tunjuk ajar mereka di samping usaha pelajar itu sendiri..

di harap aku juga tidak akan mengecewakan ibubapa ku &  guru-guru ku di masa hadapan...


Posted at 06:09 pm by effa
Make a comment  


Previous Page Next Page

   




-=[[ me + my significant other (",) ]]=-


:: effa :: 26 years old :: dental surgeon ::


i'm bless with many friends (the meaning of my name & some ppl agree with that statement), just a normal human being, tend to make mistakes, learn from mistakes & always mistaken between glass & diamond (only for some reason). my favourite quote would be "The game isn't over till it's over. Remember, nice guys always finish last!".

my friendster

my myspace

my website

my 360 yahoo!

my fotopages

my email







<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed